Refleksi Kesihatan Diri dan Kecergasan

 

Kesihatan amat penting dalam menjaminkeceriaan hidup setiap individu.Kesihatan merujuk kepada satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami sebarang masalah seperti kencing manis atau mudah diserang penyakit berjangkit lain.Gaya hidup sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan.Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan terhadap pembangunan negara,agama dan bangsa. Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO,1948) mendefinisikan kesihatan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan social yang sihat,cergas serta bebas dari sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan.Terdapat pelbagai Langkah yang boleh diamalkan oleh seseorang untuk memiliki tahap kesihatan yang baik contohnya aktiviti bersenam.Setiap individu harus mengamal aktiviti senaman yang tetap.Melakukan senaman 2-3 kali seminggu menyebabkan tubuh badan seseorang berfungsi dengan baik kerana semua toksik telah dikeluarkan menerusi peluh.Tekanan atau stress juga dapat dihilangkan menerusi aktiviti senaman.Dalam bersenam,kita haruslah mengikut prinsip-prinsip senaman barulah ia dapat memberi kesan yang optimum untuk badan kita.Prinsip asas senaman yang paling terkenal ialah prinsip asas senaman FITT.FITT ialah singkatan daripada Frequency,Intensity Time,Type. Kecergasan mempunyai pengertian yang berbeza-beza bagi setiap individu. Kecergasan merangkumi aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. Kecergasan fizikal bermaksud dimana semua sistem yang terdapat pada tubuh manusia berkeadaan sihat dan berfungsi dengan sempurna bagi membantu manusia menjalankan aktiviti hariannya dengan selesa di samping mempunyai tenaga melakukan aktiviti riadah tanpa merasa penat dan lesu.Dari segi kesihatan diri, senaman dapat mengurangkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit seperti obesiti (kegemukan), diabetes (kencing manis) dan gaya hidup yang tidak aktif seperti penyakit jantung  serta sebagainya. Dari segi mental pula, senaman dapat meningkatkan kesejahteraan dan keyakinan diri seseorang selain dapat mengurangkan tekanan (stress) yang dialami. Jika aktiviti senaman dilakukan di luar kawasan rumah seperti di tepi tasik atau taman, ianya dapat melegakan fikiran apabila melihat persekitaran yang segar dan hijau. 

            ‘F’ iaitu Frequency yang membawa maksud kekerapan.Senaman hendaklah dilakukan dengan konsisten. Jumlah hari melakukan senaman boleh dijadikan ukuran kekerapan. Kebanyakkan aktiviti kecergasan memerlukan sesuatu aktiviti dijalankan sekurang–kurangnya 3-5 kali seminggu.Ini bermakna untuk mengekalkan kecergasan, sesorang itu perlu melakukan senaman secara konsisten dalam masa seminggu. Sebagai contoh, bagi pemain bola sepak, latihan kecergasan amatlah perlu bagi mengekalkan stamina agar dapat memberi tenaga yang maksimum sehingga 90 minit pada setiap perlawanan. Maka adalah perlu bagi seorang pemain bola sepak untuk turun ke padang seeloknya setiap hari bagi mengekalkan kecergasannya.

 

‘I’ pula ialah Intensity yang membawa maksud bebanan.Bebanan pula merujuk kepada tahap senaman yang dilakukan samada senaman tersebut cukup lasak di mana ianya melebihi kadar biasa atau tidak untuk mencapai kecergasan yang sebenar. Sebelum melakukan senaman, seseorang itu perlulah memilih dan mengetahui bebanan atau kemampuan tahap senaman itu. Individu tersebut perlulah memilih senaman yang sesuai dengan tahap maksimum kecergasannya agar tidak mengundang keadaan yang tidak diingin seperti kecederaan otot dan sebagainya.

 ‘T’ yang pertama mengikut prinsip FITT membawa maksud Time iaitu masa senaman.  Masa senaman perlulah dilakukan dengan keadaan dan cara yang sesuai. Untuk sesuatu sesi senaman yang baik masa yang disarankan adalah 20 minit tidak termasuk aktiviti memanas dan menyejukkan badan sebelum dan selepas melakukan aktiviti senaman. masa bersenam bergantung kepada intensiti atau bebanan. Jika senaman yang mempunyai bebanan yang rendah, ia memerlukan masa yang lebih panjang. Contoh senanaman intensiti rendah ialah berjoging atau berjalan. Untuk mencapai masa yang sesuai, senaman jenis ini perlu dilakukan dengan mengambil masa yang lebih panjang. Jika hanya 5 minit sahaja kita berjoging, ia tidak memberi makna apa apa pada tahap kecergasan kita. Berbanding pula dengan aktiviti senaman berintensiti tinggi seperti mengangkat berat atau sebagainya, memadai dengan masa yang lebih pendek kerana bebanan yang melebihi kadar biasa.

 

‘T' yang seterusnya ialah Type iaitu jenis senaman.Dalam bersenam,kita disarankan melihlah aktiviti mengikut keupayaan dan minat.Contohnya seperti aerobik, berbasikal, berenang, berjalan pantas, berjoging atau aktiviti yang menggunakan banyak pergerakan. Jenis senaman mestilah sesuai dengan tahap kecergasan yang diingini. Bagi seorang pemain bolah sepak, selain kecergasan stamina, senaman menguatkan oto kaki amatlah penting bagi memberi kekuatan sepenuhnya ketika bermain bola sepak. Antara contoh senaman bagi pemain bola sepak ialah larian dan latihan sepakan.



 

Piramid aktiviti fizikal boleh dijadikan sebagai panduan yang mudah untuk membantu kita menjadi lebih aktif secara fizikal setiap hari. Bermula dari aras yang paling bawah, aktiviti-aktiviti yang disenaraikan  adalah aktiviti yang harus dilakukan dengan lebih kerap. Sebaik-baiknya dilakukan setiap hari. Manakala aktiviti yang disenaraikan pada aras teratas piramid adalah aktiviti yang harus dihadkan.Berdasarkan piramid aktiviti fizikal ini, kita boleh jelaskan seperti berikut.Setiap hari – lakukan sebanyak mungkin dan lebih aktif seperti aktiviti naik tangga, berjalan ke pejabat, menyapu sampah,melakukan kerja-kerja rumah, berkebun dan lain-lain lagi.Bagi aras 2 pula,lakukan aktiviti aerobik dan bersukan 5-6 kali   seminggu antara 20 hingga 30 minit setiap sesi. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti berjalan pantas, berbasikal, berenang, berjogging, bermain badminton dan sebagainya.Bagi aras 3 pula, kita harus libatkan diri dalam kegiatan berfaedah seperti senaman untuk fleksibiliti kekuatan daya tahan otot untuk jangka masa 2 -3 kali seminggu seperti tekan tubi, angkat berat, regangan dan angkat tubi.Bagi aras 4,kurangkan aktiviti yang tidak aktif seperti menonton televisyen, bermain komputer dan berehat sepanjang masa atau aktiviti yang tidak mengeluarkan peluh. Aktiviti ini akan menjadikan anda terasa lesu dan ada kalanya seseorang itu akan cepat  menjadi stress.

 

RUMUSAN

Kesimpulannya, prinsip asas senaman ini amat penting kita ketahui kerana ianya memberi impak kepada senaman yang kita lakukan. Perancangan amat penting dilakukan agae segala aktiviti senaman yang kita lakukan dapat memberi kesan yang maksimun kepada kecergasan kita serta tidak membazirkan masa.Kita mestilah sentiasa merancang dan  


  Refleksi Kesihatan Diri dan Kecergasan   Kesihatan amat penting dalam menjaminkeceriaan hidup setiap individu.Kesihatan merujuk kepada...